PM Najib Di Radio One FM

Perdana Menteri Daruk Seri Najib Tun Razak begitu aktif mendekatkan dirinya bersama rakyat melalui medium-medium terkini seperti Twitter dan Facebook. Strategi Najib dilihat mampu mendekatkan dirinya dengan golongan muda.

Jika sebelum ini Najib pernah ke udara menerusi radio Hot FM, pagi tadi pula Najib dan anaknya Ashman telah ke udara melalui saluran radio One FM menerusi program “Morning Kaki’s”.

“Saya memulakan hari saya bersama anak saya di konti One FM bersama Program Morning Kaki’s dalam bahasa Mandarin.

“Saya meluangkan lebih sejam bersama program ini dan sempat menjawab panggilan daripada rakyat berhubung dengan dasar pemberian biasiswa,” menurut Najib dalam laman Facebook beliau.

Belalang yakin kebanyakan dari kita pendengar melayu mesti tidak mendengar rancangan tersebut pagi tadi. Lagi pun rasanya tiada pula Belalang terdengar pengumuman lebih awal seperti yang Hot FM lakukan sebelum.

Walau bagaimana pun usaha Najib dalam memanfaatkan medium-medium begini untuk mendengar luahan rakyat, rasanya patut dipuji.

 

Facebook Comments

Comments are closed.

Close