Pesanan Awie Kepada PEKIDA

Didalam pertelagahan diantara PEKIDA dan pengarah filem Syamsul Yusof dan juga Farid Kamil, Awie tampil dengan satu pesanan.

Awie sebelum ini memang pernah menegur PEKIDA namun atas sebab apa Belalang dah lupa. Kurang pasti pula rasanya.

Apa yang dipesan Awie kepada PEKIDA? Ha, mari kita baca petikan di bawah yang Belalang ambil dari Metro Ahad.

————————————————————————

“Saya mahu berpesan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), jangan terlalu menggunakan publisiti untuk mengecap glamor. Malah, hentikanlah isu hentam-menghentam ini.

“Jika ada masalah berlarutan, kedua-dua pihak harus duduk berbincang di meja rundingan dan bukan tuduh menuduh bagi meraih publisiti,” kata penyanyi dan pelakon, Awie atau Ahmad Azhar Othman, 43.

Awie yang dihubungi Metro Ahad bagi mengulas isu saman yang ingin dikeluarkan Pekida terhadap Datuk Yusof Haslam dan David Teoh kerana mendakwa filem Kongsi dan KL Gangster mendedahkan kod rahsia pertubuhan itu, tidak bersetuju dengan tindakan pertubuhan terbabit.

Penyanyi rock yang pernah terbabit dengan pertubuhan berkenaan menasihatkan kedua- dua pihak mendapat persetujuan secara bertentang muka dan bukan dengan provokasi antara satu sama lain.

“Saya ingin menasihati Syamsul (pengarah filem KL Gangster) jika benar dia melakukan kesalahan, mohon maaf kepada mereka. Lagipun, manusia tidak pernah lekang daripada melakukan kesilapan,” katanya.

“Ia tidak menjadi isu jika kita yang meminta maaf terlebih dulu. Walaupun kita tidak buat salah, namun perkataan maaf itu dapat menutup segala prejudis dan mengembalikan silaturahim.

“Kepada Pekida pula, tidak perlulah melenting. Lagipun, perkataan Abang Long, Ayahanda, Kak Long dan sebagainya adalah ungkapan biasa. Dalam kehidupan kita sehari-harian juga perkataan itu sering disebut.

“Ia adalah bahasa Melayu dan kita sebagai orang Melayu tidak terlepas dengan semua perkataan dan panggilan itu. Jadi, rasanya ia bukan satu isu besar dan tidak perlu dipanjangkan lagi,” katanya.

 

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • awie pekida (373)
  • buah pekida 30 (180)
  • buah pelepas 30 (114)
  • buah 12 pekida (110)
  • farid kamil ayahanda pekida (71)
  • ayahanda awie (63)
  • buah pakida (51)
  • pakida 30 (46)
  • artis pekida (39)
  • pekida 30 (37)

Comments are closed.

Close