Penggodam Web Kerajaan Dikenal Pasti

Polis telah memiliki maklumat penggodam-penggodam yang menyerang laman web rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my pada Rabu lalu.

Bagaimanapun Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel Datuk Husin Jazri berkata, maklumat lanjut mengenai serangan tersebut hanya dapat didedahkan setelah serangan penggodam berhenti sepenuhnya dan penyiasatan sertapost-mortem dilakukan.

Menurutnya, laman www.malaysia.gov.my telah pun kembali pulih dan beroperasi seperti biasa.

Katanya, serangan penggodaman itu masih lagi berlaku tetapi pada kadar yang minimum berbanding sebelum ini.

“Kebanyakan laman web yang digodam telah pun kembali beroperasi. Hanya segelintir yang masih belum pulih dan kini di dalam proses pembaikan.

“Namun tiada apa-apa maklumat kerajaan atau data yang hilang, bocor atau dirosakkan oleh penggodam,” katanya dalam satu kenyataan di sini , Jumaat.

Kumpulan yang menggelar diri mereka, Anonymous menyerang laman web kerajaan pada pukul 7.30 malam GMT, Rabu (3.30 pagi waktu Malaysia) dengan menamakannya sebagai ‘Operasi Malaysia’.

Anonymous mendakwa kerajaan melarang tayangan filem dan televisyen selain mengehadkan Internet yang bagi kumpulan itu ia adalah hak asasi manusia yang asas.

Mengenai jumlah laman web yang digodam, Husin memberitahu, bilangan masih berubah-ubah disebabkan oleh serangan yang masih lagi berlaku.

Baca berita penuh di sini.

——————————————————————————————————–

Dengar perkataan hackers pun dah mula seriau. Tapi kalau Ary Putra  a.k.a Mr.Hac dari blog My Hackers are Here, itu tak perlu takut. Itu baik punya Hackers. Banyak mengajar orang dalam selok-belok dunia internet. Di blognya banyak infomarsi yang sangat berguna. Tak gitu bro? hahaha

Facebook Comments

Comments are closed.

Close