Pasangan Campak Bayi Diburu

Polis hampir mengenal pasti individu yang terbabit dalam kes bayi yang dicampak dari sebuah pangsapuri yang dilaporkan kelmarin.

Belalang rasa kalau dapat ja mereka-mereka yang bertanggungjawab dalam hal ni, mahu saja kita pula yang humban mereka dari atas pangsapuri tinggi. Biar mereka pula rasa macam mana pedih dan sakitnya nasib yang dialami bayi berkenaan.

————————————————————————————-

Polis menjejaki seorang lelaki dan wanita berusia 20-an dipercayai individu yang terbabit mencampak seorang bayi lelaki hingga mati dari tingkat atas sebuah pangsapuri di Sentul, di sini, Selasa lalu.

Difahamkan, pasangan berkenaan yang tidak diketahui status hubungan mereka dikatakan menginap di blok berkenaan beberapa bulan lalu dan wanita terbabit dalam keadaan sarat mengandung.Bagaimanapun, sebaik kejadian berlaku malam kelmarin, pasangan itu dikatakan menghilangkan diri dipercayai sejurus bayi terbabit dibuang dari pangsapuri 15 tingkat berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sedang memburu pasangan berkenaan yang dipercayai dapat membantu siasatan polis.

“Bagaimanapun, sepasukan polis yang membuat pemeriksaan di setiap rumah blok berkenaan gagal menemui pasangan itu dipercayai melarikan diri.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu polis menjejaki pasangan berkenaan,” katanya.

Akhbar semalam melaporkan, seorang bayi lelaki cukup sifat baru dilahirkan ditemui di atas jalan dalam keadaan kepala pecah dipercayai dicampak dari tingkat atas sebuah pangsapuri. Bayi masih bertali pusat dibungkus dalam plastik itu ditemui tertiarap oleh penduduk pangsapuri berkenaan jam 11.45 malam di tempat letak kereta, kurang dua meter dari tong sampah.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close