Olimpik Malaysia vs Olimpik Lebanon 23 Jun 2011

Kurang daripada 24 sebelum pasukan negara kita Malaysia meneruskan cabaran perlawanan timbal balik diantara Lebanon dimana perlawanan pertama yang berlangsung di Lebanon menyaksikan kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan.

Meskipun memiliki kelebihan beraksi ditempat sendiri, namun pasukan negara seharusnya tidak mengambil mudah perlawanan ini. Tambahan pula jika sekali pun perlawanan malam ini berakhir dengan seri satu sama, maka tamatlah kempen pasukan Malaysia bagi memburu slot ke pusingan seterusnya dalam kelayakan Olimpik. Ini kerana pasukan Lebanon akan dianggap menang mengikut perkiraan gol tempat lawan.

Belalang harap pasukan kita mampu mencipta kejutan seperti yang mereka lakukan di tempat lawan tempoh hari. Buktikan yang gelaran Harimau Muda memang secocok dengan kekuatan kita. Ayuh Malaysia!

Jangan lupa untuk kembali lagi pada malam ini untuk melihat keputusan yang akan Belalang bawa secara live update. Bagi yang ingin menyaksikan live pula, saluran 801 Astro Arena ada menayangkan secara langsung bermula pukul 8 malam.

Bagi yang ingin menonton di internet pula secara live streaming, sebelum perlawanan bermula akan Belalang berikan link untuk anda. Itu pun sekiranya ada live streaming.

Jumpa lagi malam ini!

Update:
Ini adalah link live streaming yang Belalang dapat. Klik pada link dibawan-

Live Streaming Malaysia vs Lebanon

Sekiranya tidak dapat melihat secara live, ikuti update di bawah ini yang akan Belalang update setiap kali adanya jaringan yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan. refresh page ini sekerap mungkin untuk melihat keputusan terkini

Malaysia 2 – 1 Lebanon

Irfan Fazail (7′)

Wan Zack Haikal (40′)

Chadi Atie (63′)

(tamat perlawanan)

Facebook Comments

Comments are closed.

Close