Olimpik Malaysia Layak Ke Pusingan Seterusnya!

Tahniah Diucapkan kepada pasukan Malaysia kerana menjadi satu-satunya pasukan ASEAN yang akan beraksi pada peringkat seterusnya. Terus terang cakap rasa teruja dengan kemenangan Malaysia sebentar tadi masih belum hilang. Dah lama kita nantikan saat-saat ini.

Secara keseluruhannya Belalang melihat Malaysia mampu untuk beraksi dengan lebih baik jika tiada pemain yang menerima kad merah. Kehilangan Gary Stevan Robbat akibat dihukum dengan kad merah begitu ketara hingga tiada langsung serangan yang dilakukan oleh pasukan Malaysia selain daripada bertahan habis-habisan.

Pun begitu berkat semangat juang yang tinggi, anak buah Ong Kim Swee berjaya juga bertahan dan mengakhiri perlawanan ini sebagai juara. Malaysia berjaya menumpaskan Lubnan dengan 2 gol berbalas 1. Sekali lagi tahniah Malaysia!

Selain itu pasukan-pasukan lain yang berjaya pada pusingan kedua ini ialah Arad Saudi, Uzbekistan, Syiria dan Palestin. Untuk pusingan ketiga setiap pasukan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan undian untuk menentukan kumpulan-kumpulan berkenaan akan dibuat pada 17 Julai 2011.

Malaysia Boleh!

Facebook Comments

Comments are closed.

Close