Nazarrudin Saidin Sakit | Mangsa Culik Jatuh sakit

Mungkin ada yang mengikuti perkembangan mengenai kes penculikan seorang penjual cicak tokek yang bernama Mohd. Nazarrudin Saidin oleh kumpulan Abu Sayyaf dan mungkin juga ada yang terlepas pandang mengenai hal ini.

Belalang salah seorang yang mengikuti hal ini berasa sangat sedih dengan apa yang berlaku kepada keluarga yang serba kekurangan ini. Mereka bukanlah orang senang yang boleh menunaikan permintaan tebusan sebanyak RM5.6 juta itu.

Berita terbaru yang diterima oleh keluarga itu, Nazarrudin sedang tenat akibat jatuh sakit. Nazarrudin difahamkan tidak mahu menjamah makanan semenjak seminggu yang lalu.

Menurut keluarga mangsa, mereka telah menghantar surat kepada Menteri Besar Selangor dan juga pejabat UMNO namun hingga kini masih belum ada sebarang tindakan atau bantuan yang dihulurkan.

Tak akanlah nak tunggu hingga sesuatu yang buruk berlaku, rakyat mula bising cakap kerajaan lepas tangan barulah bantuan nak dihulurkan? Kalau dalam kes budak-budak perempuan yang gatal lari ikut lelaki Lambok boleh pula diberi bantuan bawa pulang.

Belalang berharap akan adalah mana-mana pihak yang sudi tampil menghulurkan bantuan kepada keluarga Nazarrudin. Untuk membaca mengenai Nazarrudin yang dilaporkan sakit, klik sini.

**Blogger Tuan Penasihat (TP) pernah menulis mengenai kesusahan keluarga ini dan menuntut satu pembebasan keatas Nazarrudin dengan satu kempen yang dijalankannya. Mungkinkah perlu blogger bersuara barulah ada yang tampil memberi bantuan? Jika ingin turut menjayakan kempen TP, klik sini.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close