Nabil Merisik Pramugari?

Siapa yang tidak kenal dengan Nabil salah seorang finalis Maharaja Lawak dan juga seorang penghibur yang kian meningkat naik pada masa kini. Nabil juga sering saja dikaitkan dengan beberapa kontroversi semenjak dia berkecipung dalam dunia hiburan tanah air.

Terbaru Nabil dikatakan telah merisik seorang kenalannya yang juga seorang pramugari baru-baru ini. Pramugari yang dimaksudkan itu dikenali sebagai Zila.

Benarkah berita terbaru ini? Jika benar sekalipun Belalang rasa tiada masalah atau mana-mana pihak yang akan mempersoalkan. Malah peminat tentu lebih seronok dan teruja dengan perkembangan tersebut.

Namun melalui akhbar online mstar.com.my, Nabil telah menafikan dakwaan tersebut dan mengaitkan ia dengan gosip semata-mata.

“Saya ingin jelaskan sememangnya tiada apa-apa yang berlaku seperti yang didakwa.

“Walaupun saya sudah mengenalinya selama lima tahun kerana dia adalah kawan baik adik ipar saya, cuma baru kebelakangan ini saja kami menjadi rapat.

“Tak mungkinlah hendak bercakap soal kahwin pula kerana memang belum ada perancangan ke arah itu buat masa ini,” katanya kepada¬†mStar Online, Rabu.

Tambah Nabil, dakwaan sebegini bukan perkara baru baginya sejak bergelar artis. Maka, dia lebih senang untuk berdiam diri daripada melayan gosip yang tidak berasas itu.

“Gosip seperti ini bukan perkara baru bagi saya. Sebelum ini, apabila saya melintas depan kedai emas pun orang kata saya ingin beli cincin bertunang.

“Bagi saya, selagi cerita tersebut bukan disahkan sendiri oleh saya, maka ia adalah kisah yang tidak betul. Tak tahulah pula kalau dia sendiri yang buka mulut.”

Ha, dengar tu pengakuan sendiri dari Nabil. Jadi ini hanyalag berita yang tidak benar. Biasalah bagi mana-mana selebriti untuk menerima gosip-gosip sebegini. Diharap penjelasan tersebut dapat merungkai pertanyaan daripada peminat-peminat Nabil ye.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close