Nabil Maharaja Lawak Nak Niaga Kasut

Bagus betul perancangan Nabil yang mendapat tempat ketiga dalam rancangan Maharaja Lawak ni. Selepas berniat mahu menunaikan umrah bersama ibunya dengan wang tunai RM150,000 yang dimenanginya, Nabil juga merancang untuk memulakan sebuah perniagaan sendiri.

Perniagaan yang dimaksudkan ialah menjual kasut wanita kerana menurut Nabil kasut adalah barangan wanita yang banyak dibeli oleh mereka. Sure awek Nabil selalu mintak hadiah kasut ni… Hahaha

Bagus la Belalang ucapkan kepada Nabil kerana dia memikirkan masa depannya. Ialah orang seni ni bukannya selalu masyuk atau sentiasa diatas. Sekarang ni time dia murah rezeki, selalu la nampak muka dia di kaca tv. Esok lusa orang dah tak berapa ingat kepada dia, setahun nak nampak muka kat tv pun susah.

Apa-apa pun Belalang doakan semoga Nabil berjaya dalam mengatur perancangan hidupnya. Sumber berita ini dipetik dari sini.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close