Mudahnya Berjanji

Assamualaikum sahabat-sahabat pengujung bawah tanah. Dah lama Belalang tak membebel di blog sendiri. Asyik copy paste berita dan gosip artis jer. Rasa tak berkembang langsung kepala otak nih. Jadi arini Belalang nak membebel sikit.

Tadi berjalan-jalan ke beberapa blog sahabat, Belalang ada terlihat betapa ada sesetengah blogger yang bengang akibat kawan yang memungkiri janji. Tidak dinafikan Belalang juga pernah dan sering dimungkiri oleh teman-teman disekeliling. Dan Belalang sendiri juga bukanlah seorang yang baik. Tipu la kalau Belalang cakap Belalang tak pernah mungkir janji. Tentu saja ada sebab kita manusia biasakan?

Namun begitu tidak juga menjadi tiket untuk kita memungkiri janji dengan alasan seperti yang Belalang nyatakan diatas tu. Sesungguhnya jika kita sudah berjanji maknanya kita harus menepatinya dengan apa cara sekali pun. Janji bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main. Lagi-lagi jika ia membabitkan wang ringgit. Dah janji nak bayar minggu depan maka segerakanlah. Jangan janji nak bayar minggu depan, alih-alih dah sampai minggu depan sunyi sepi jer. Kawan yang kasi pinjam duit tu pula yang terpaksa cari kita sebab kita tak cari dan terangkan sebab-sebab kepadanya. Tak elok macam tu.

sebaik-baiknya dah sampai tarikh yang dijanjikan tu dan tetap tak boleh bayar, maka hubungilah kawan kita itu dan terangkan serba sedikit mengapa masih tak boleh bayar. Jangan diam menyepi membiarkan kawan kita tu tertunggu-tunggu pula. Alih-alih bila kawan kita start marah kita, kita marah dia balik! Tak patut langsung.

Akhir kata dari Belalang, cuba-cubalah kita belajar untuk menepati janji kerana janji itu membina personaliti kita dimata orang. Kalau selalu berjanji dan selalu juga memungkiri janji, jangan salahkan orang-orang di sekeliling kita bila mereka sudah tidak mempercayai kita lagi.

Terima Kasih…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close