Minuman Barbican Belum Disahkan Halal

Ingat ke isu halal atau tidak minuman berperisa buah-buahan Barbican ini dah selesai. Rumah tidak lagi. Unipeq, anak syarikat Universiti Malaysia (UKM) yang telah mengeluarkan sijil analisis terhadap pengeluar produk itu mengatakan status halal atau tidak ia mestilah dikeluarkan secara rasmi oleh Jakim.

Unipeq, anak syarikat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menafikan ia telah mengesahkan status halal terhadap produk minuman malta berperisa buah-buahan Barbican seperti didakwa pengeluar produk itu pada Khamis lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Unipeq, Dr. Siti Noorbaiyah Abdul Malek berkata, syarikat itu hanya mengeluarkan sijil analisis yang menunjukkan kandungan kompaun yang diuji dan bukannya status halal.

“Sesuatu produk itu hendaklah dirujuk kepada pihak-pihak yang berwibawa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk status halal dan Kementerian Kesihatan untuk piawai makanan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini

-Kosmo

Sebelum ini Belalang pernah kongsikan berita mengenai Minuman Barbican Bebas Alkohol dan sangkakan hal ini telah selasai. Malahan ada beberapa rakan blogger juga menyangkakan perkara yang sama.

Jadi disini Belalang rasa Jakim perlu segera tampil dan tangani persoalan yang kembali berlegar kepada pengguna ini. Biarlah pengguna Islam tidak ragu-ragu untuk meninum minuman Barbican ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close