Minuman Barbican | Akhirnya JAKIM Bersuara

Akhirnya Jabatan Kemajuan Malaysia (Jakim) sudah pun bersuara mengenai halal atau tidak produk minuman Barbican. Menurut Jakim, pengguna jangan terkeliru dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh beberapa pihak sebelum ini dengan mengatakan minuman Barbican Halal.

“Kita harap orang ramai tidak keliru dengan kenyataan pihak lain mengenai status produk ini. Ini kerana Jakim sendiri masih menunggu keputusan lanjut penyelidikan kandungan status bir berkenaan dari semasa ke semasa.

“Jadi, tidak timbul isu produk minuman berkenaan kini sudah bertukar status kepada halal,” kenyataan daripada Ketua Penolong Pengarah (Dakwah) Jakim, Md Ali Sarbini selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) ke-16 di Wisma Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), di sini, semalam – Metro.

Harapnya sudah jelas ye pasal halal haram Barbican ni. Belalang tertarik untuk berkongsi mengenai perkara ini bukannya sebab apa. Ini kerana ada sesetengah mereka yang selalu minum minuman Barbican ini adalah sahabat-sahabat Belalang juga.

Jadi Belalang harap semoga sahabat-sahabat semua lebih berhati-hati ya! 🙂

 

Facebook Comments

Comments are closed.

Close