Mark Zuckerberg Iri Hati Dengan Belalang?

Siapa tak kenal dengan Mark Zuckerberg seorang anak muda pengasas rankaian sosial paling hot di zaman ini. Belalang yakin korang semua kenal termasuk la Belalang. Belalang memang kenal dengan mamat ni cuma Belalang kurang pasti pula samada dia kenal Belalang atau tidak.

Bukan apa, jika dia tak kenal Belalang masakan Mark sanggup sabotaj Belalang? Iya, korang percayalah cakap Belalang. Mark Zuckerberg dah bertindak sabotaj Belalang walaupun Belalang tak pernah pun sabotaj dia.

Hasil dari usaha sabotaj Mark, Belalang tak dapat nak tulis status, nak drop komen, nak like page dan bermacam-macam lagi yang Belalang tak dapat lakukan di Facebook. Hangin satu badan dengan Mark!~

Jadi kepada sesiapa yang ada drop komen atau bertanyakan sesuatu kepada Belalang dan Belalan tak reply, tolong maafkan Belalang. Ni semua Mark Suckerberg punya pasal! Korang yang tau macam mana nak settelkan problem Belalang nih, tolong drop komen sikit. Tidak pun kalau rajin terlebih, sila buat satu group yang bernama ‘KAMI MAHU PEMBELAAN KEPADA BELALANG HIJAU!’

Semoga dengan tertubuhnya group tersebut, Mark Zuckerberg akan lembut hati dan menarik balik segala sekatan dan usaha sabotaj keatas Belalang. hee…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close