Maharaja Lawak Minggu Ke-10 | Bersiaran Dari Pulau Pinang

Maharaja Lawak Minggu ke-10 datang lagi dan kali ini buat pertama kalinya akan bersiaran luar dari studio. Lokasi persinggahan mereka yang pertama ialah Pulau Pinang. Seronok la orang utara lagi-lagi yang tinggal area Pinang. Boleh menonton ML secara live!

Namun Belalang tak pasti pula samada ML yang bersiaran dari luar studio ni ada penyingkiran atau sebaliknya. Namun dah tiada apa-apa pengumuman dari pihak Astro, tentu saja tiada perubahankan?

Jom kita lihat undian-undian terkini para peserta ML, siapa di atas dan siapa pula yang hampir tersingkir? Gambar ini diambil dari blog Enciknakal.com

Nantikan ML pada malam esok untuk melihat samada R2 akan meninggalkan pentas ML untuk kesekian kali atau sebaliknya.

———————————————————————————–

Update:

Kesemua peserta menampilkan persembahan yang agak bertenaga walaupun masa yang diberi untuk setiap peserta 7 minit.

Tiga peserta yang dipanggil naik kepentas ialah Nabil, R2 dan Jozan.

Dan peserta yang terkeluar adalah…

TIADA PENYINGKIRAN ! ! !

HAHAHA 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close