Live! Keputusan Terkini Perlawanan Persahabatan Skuad Olimpik Malaysia vs Kemboja 7 Jun 2011

Pada pukul 5 petang ini waktu tempatan, akan berlangsung satu perlawanan persahabatan diantara skuad Olimpik Malaysia menentang skuad Kemboja U-23.

Perlawanan akan dibawakan secara langsung oleh Astro di saluran Arena 801.

Kepada yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan tersebut, jangan lupa untuk kembali ke blog ini untuk mengetahui keputusan perlawanan tersebut.

Update Separuh Masa Pertama:

Seawal minit ke 9′ Malaysia telah ketinggalan 1 gol hasil satu sepakan leret oleh pemain Kemboja. Permainan Malaysia kelihatan agak longgar. Mungkin separuh kedua Malaysia mampu memperbaiki ruang-ruang kelemahan mereka?

Update separuh Masa Kedua:

Kemboja berjaya mengalahkan Malaysia dengan kelebihan  satu gol yang mereka perolehi pada babak pertama. Permainan yang sebahagian besarnya berlangsung dalam keadaan hujan pada separuh masa kedua ini, menyukarkan gerakan-gerakan yang cuba diatur oleh pasukan Malaysia.

Kemboja 1 – 0 Malaysia

(Tamat Perlawanan)

Facebook Comments

Comments are closed.

Close