Lionel Messi Ditumbuk Peminat?

Lionel Messi Dikhabarkan telah ditumbuk oleh seseorang ketikaa sedang menandatangai autograf kepada peminat-peminatnya di Argentina. Namun Messi sendiri menyangkal dakwaan dia ditumbuk itu.

——————————————————————————–

Seorang peminat melepaskan satu tumbukan yang terkena Lionel Messi kelmarin ketika bintang Barcelona itu sedang menandatangani autograf dan berjumpa peminat di bandar kelahirannya di Argentina, menurut saksi.

Pemain bintang itu menafikan insiden itu yang berlaku di bandar Rosario, kira-kira 300 kilometer (180 batu) di utara Buenos Aires dengan memberitahu media tempatan dia tidak merasai apa-apa dan hanya mengetahuinya selepas itu.
Saksi berkata penyerang itu adalah di kalangan sekumpulan pemuda yang berkumpul untuk mendapat autograf penyerang itu dan dia melindungi wajahnya dengan tudung dan menghilangkan diri selepas serangan itu.

 

Messi bagaimanapun menafikan insiden itu yang berlaku di luar sebuah restoran. “Saya tidak disentuh,” katanya.

– Reuters

 

Facebook Comments

Comments are closed.

Close