Lelaki Maut Terima Rawatan Bomoh Thailand

Di Kuala Terengganu seorang lelaki di sahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan daripada seorang bomoh wanita warga Thailand di Pulau Rusa, Marang, di sini malam tadi.

Mangsa yang dipercayai menghadapi masalah mental tersebut telah dibawa perjumpa bomoh wanita berkenaan oleh bapanya. Rawatan pelik yang dilakukan oleh bomoh berkenaan adalah dengan menyuruh mangsa meminum berbalang air. Tak cukup dengan itu mulut mangsa disumbat dengan hos hingga mangsa tidak sedarkan diri.

Selepas itu bomoh berkenaan mengatakan yang dia telah berjaya mengeluarkan penyakit mangsa dan menyuruh bapa mangsa membawa anaknya ke hospital.

Bagaimanapun, sebaik dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini pada 12.30 tengah malam, lelaki itu disahkan telah meninggal dunia.

Serbuan yang dilakukan oleh sepasukan polis ke rumah bomoh tersebut, didapati bomoh berkenaan telah melarikan diri bersama suaminya. sehubungan itu polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bomoh wanita berkenaan menghubungi mana-mana balai polis.

Sumber rujukan diambil dari sini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close