Kutipan Filem Kongsi RM8j | Kutipan Filem Karak RM1.90j

Kemaskini terbaru yang dikeluarkan oleh pihak Finas setakat 2 Jun menunjukan yang Filem Kongsi telah berjaya mengutip RM8 juta sepanjang tiga minggu ditayangkan.

Menurut pengarah Filem tersebut, Farid Kamil, dia sendiri agak terperanjat dengan sokongan yang diterima oleh filem Kongsi memandangkan respon yang diberi oleh pihak media agak kurang memberangsangkan. Rujuk ulasan Farid Kamil di sini.

Belalang yang menonton filem Kongsi mengakui yang filem ini tidaklah begitu mengecewakan. Cuba pengakhiran filem ini yang menyebabkan Belalang seperti sedikit kecewa. Pun begitu filem ini tetap menarik untuk ditonton!

Sementara itu, kutipan yang diterima oleh filem Karak selepas seminggu tayangan pula ialah RM1.90 juta. Belalang tak dapat nak ulas filem ini lebih panjang lebar kerana masih belum berkesempatan untuk menonton. Namun dari pandangan beberapa blogger yang Belalang baca, rata-rata mengatakan filem ini tidak begitu hebat seperti yang diharapkan.

Benarkah begitu? Nak tahu betul atau tidak, cubalah pergi menonton sendiri. Dengar cakap orang belum tentu betul ye tak? Jadi jangan tunggu-tunggu lagi. Jom-jom kita pergi cari tiket filem Karak sekarang. Lepas dah tengok baru kita bandingkan betul atau tidak cakap-cakap orang itu. 🙂

Facebook Comments

Comments are closed.

Close