Konsert Final AF Berhampiran Masjid | Salah Siapa?

Semenjak pagi tadi beberapa blog ada menyatakan ketidak puasan hati mereka berikutan konsert final Akademi Fantasia (AF) yang dikatakan begitu hampir dengan Masjid Besi Putrajaya. Untuk menguatkan hujah, beberapa keping gambar juga disertakan. untuk melihat gambar-gambar terserbut, klik sini.

Hal ini bagi Belalang memanglah sesuatu yang perlu dipandang serius berikutan perkara ini tentu sahaja akan mengakibatkan jemaah masjid atau bilal yang melaungkan azan tidak senang atau kusyuk.

Namun disini benarkah salah itu berada di atas bahu pihak Astro? Bukanlah ingin membela Astro. Tapi jika mengikut apa yang Belalang tahu, sesuatu konsert atau apa-apa acara yang melibatkan penggunaan tempat sebesar itu tentu sahaja perlu dipohon oleh pihak terbabit kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menyelenggara Putrajaya. Contoh jika ditempat Belalang Kulim kami dibawah Majlis Perpandaran Kulim dan jika di Kuala Lumpur dibawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Dan untuk kawasan Putrajaya tentu saja ada PBT yang bertanggungjawab ke atas hal-hal begitu.

Berbalik kepada persoalan Belalang, rasanya Astro tidak akan dapat mengadakan konsert akhir tersebut di tempat yang ditetapkan sekiranya tidak mendapat kelulusan daripada pihak PBT. Maka disini PBT juga bertanggungjawab dalam memastikan umat Islam tidak tersinggung dengan kelulusan yang mereka berikan kepada pihak Astro.

Konsert AF Final akan berlangsung esok. Rasanya apa yang dirancang tetap akan diteruskan. Cuma Belalang berharap semoga dimasa-masa akan datang hal-hal begini perlu lebih diberi perhatian oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Janganlah sampai ada yang komen, baru nak ambil tindakan. Itu akan menampakkan sikap tidak prihatin pihak terbabit dalam sesuatu isu.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close