Keputusan Terkini Malaysia vs Taiwan (Chainese Taipei) 29 Jun 2011

Diatas kertas segalanya nampak seperti berpihak kepada Malaysia apabila berdepan Taiwan dalam mengharungi perlawanan kelayakan piala dunia 2014 di Stadium Bukit Jalil pada Rabu ini. Harimau Malaya dilihat mampu menjinakkan lawan mereka yang berada pada ranking FIFA lebih rendah dari skuad negara.

Namun begitu perlu diingatkan, siapa juga lawan skuad negara, lemah atau kuat, Belalang harap skuad negara akan bermain dengan bersungguh-sungguh tanpa ada perasaan selesa atau mengambil mudah.

Tentang pemain, Belalang yakin yang skuad Harimau Malaya sekarang ini memilik begitu ramai pemain-pemain yang sangat berbakat dan hebat hinggakan jurulatih Raja Gopal pun pening mahu turunkan siapa.

Rajagobal pastinya amat teliti untuk memilih pemain pada saingan kompetitif pertamanya selepas kemenangan di rantau Asia Tenggara, Piala AFF, penghujung tahun lalu dengan Taiwan menjadi lawan pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu ini.

Gawang negara hampir pasti menjadi milik kapten skuad Olimpik, Khairul Fahmi Che Mat namun barisan pertahanan mungkin memeningkan kepala pengendali berusia 55 tahun itu apabila terdapat sejumlah pemain yang mampu beraksi dengan baik di barisan pertahanan seperti Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Mahali Jasuli, Mohd Asraruddin Putra Omar, Helmi Remeli, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, Mohd Azmi Muslim, Mohd Farisham Ismail dan Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid.

Rajagobal boleh membuat pilihan untuk menyenaraikan muka baru ataupun terus bergantung harap kepada benteng pertahanan muda sebelum ini diketuai Mohd Muslim, Mohd Fadhli, Mahali dan Mohd Asraruddin.

Mohd Safiq pula hampir pasti mengemudi jentera tengah bersama Amar Rohidan namun Rajagobal juga mempunyai pilihan dengan kehadiran perancang tengah Kelantan, Mohd Shakir Saari yang mempamerkan kematangan ketika membantu Harimau Malaya menewaskan Myanmar minggu lalu selain kehadiran perancang skuad Olimpik, K Gurusamy.

Seperti biasa Belalang akan bawakan perlawanan ini secara live update atau live score. Jadi jangan lupa untuk kembali lagi ke blog ini pada hari perlawanan untuk melihat keputusan perlawanan.

Malaysia 2 vs 1 Taiwan

(tamat perlawanan)

Facebook Comments
Close