Kemuncak Imam Muda Musim Ke-2

Setelah hampir tiga bulan bersiaran, kini rancangan Imam Muda (IM) musim ke-2 telah hampis tiba ke kemuncaknya. Pada malam esok salah seorang daripada dua finalis IM akan dinobatkan sebagai Imam Muda Terunggul.

Dua peserta IM yang akan dimaksudkan ialah IM Nazrul dan IM Hassan. Pemenang yang berjaya menjadi muncul sebagai Imam Muda Terunggul bakal membawa pulang hadiah keseluruhan yang nilainya hampir RM350 ribu.

Final rancangan IM akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Oasis 106. Final IM juga boleh ditonton dalam definisi tinggi HD di saluran 188. Dikhabarkan juga yang Mawi dan Akil Hayy akan muncul pada malam esok untuk mengadakan persembahan.

Jangan lupa untuk saksikan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Imam Muda Terunggul pada pukul 9 malam, hanya di Astro Oasis dan saluran 188.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close