Kelab Ala Istana Tawar Khidmat seks

Polis menyerbu sebuah kelab “ala istana” di Pulau Tikus di sini malam tadi dan menahan 30 wanita asing yang menjadi pelayan pelanggan (GRO) menyediakan khidmat seks.

Ketua Unit Maksiat D7 Bukit Aman, ASP Shahrulizam Jaafar berkata, pusat hiburan itu, yang sering diserbu polis tahun lepas, mengguna taktik baru menjadi sebuah kelab eksklusif dengan memberi layanan seperti “maharaja” kepada pelanggannya.

Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa wanita yang diberkas dalam serbuan pada 8 malam tadi itu terdiri 29 warga China dan seorang rakyat Vietnam berusia antara 20 dan 30 tahun.

– Bernama

 

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • tempat hiburan malam di penang (14)
Close