Kasihan Blogger Baru

Kebelakangan ini jika korang perasan Belalang agak kurang memberikan tumpuan kepada blog Suara Bawah Tanah ini. Belalang sekadar update, blogwalking ke beberapa blog, selepas itu Belalang terus hilang.

Sebenarnya Belalang masih lagi online dan berada di hadapan lappy Belalang. Cumanya Belalang agak sibuk cuba aktifkan kembali beberapa blog lama Belalang. Sayang juga ada blog selain daripada blog ini tetapi dibiarkan begitu sahaja. Jadi Belalang kerap la mempromosikan blog-blog tersebut dengan cara blogwalking ke blog blogger-blogger lain.

Kiranya Belalang jadi macam blogger baru la, baru nak start kumpul follower apa semua. Belalang terperasan satu masalah kepada blog-blog Belalang tersebut. Apa masalahnya? ya, Belalang agak susah untuk mendapatkan follower, walaupun Belalang terlebih dahulu follow beberapa blog

Jika 20 blog yang Belalang follow, mungkin akan ada seorang yang sudi follow kembali. Jika 10 blog yang Belalang follow, mungkin takde yang follow kembali. keh keh keh

Terus terpikir di kepala Belalang, “Begini rupanya blogger baru bersusah payah nak dapat follower”. Follow banyak blog, namun tiada yang sudi follow kembali. Kesian.

Sebenarnya Belalang juga satu masa dahulu agak susah untuk follow blog-blog lain. Namun bila difikir-fikir balik, apalah salahnya follow blog-blog lain. Lagi-lagi jika blog tersebut kepunyaan blogger baru. Tentu membakar semangatnya untuk terus berblog dimasa hadapan. Hee…

Jadi support la blogger-blogger baru kerana merea juga adalah blogger. Tiada beza diantara blogger lama dan blogger baru. Yang bezakannya hanya knowladge masing-masing. 🙂

Terima kasih

Facebook Comments

Comments are closed.

Close