Kanak-kanak Kaki Tersepit Dalam Lubang Tandas

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terpaksa menahan sakit hampir dua jam selepas kaki kirinya tersepit dalam lubang tandas di rumahnya di Taman Krubong Perdana, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, Fakrul Hakim Mohd Fauzi, 8, dipercayai tergelincir ke dalam lubang tandas ketika hendak mandi menyebabkan kaki kirinya tersepit hingga paras paha.Pegawai Operasi Dua, Jabatan Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Hadzar Hassan berkata usaha mengeluarkan kaki kanak-kanak itu berjaya dilakukan kira-kira jam 8.26 malam berikutan struktur konkrit pada lantai tandas berkenaan sukar dipecahkan.

“Keluarga mangsa menghubungi pihak bomba bagi meminta bantuan menyelamatkan kanak-kanak itu pada jam 7.15 malam,” katanya.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close