Kanak-kanak Gantung Diri | Akibat Tidak Dapat Buku

Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun mati selepas menggantung dirinya kerana kakak dan neneknya tidak mampu membelikan buku yang dimintanya.

Kanak-kanak itu ditemui tergantung pada dahan pokok di depan rumahnya, lapor akhbar China Daily, semalam.

Dia tinggal bersama kakak dan neneknya kerana ibu bapanya bercerai.

Menurut si kakak, adiknya meminta wang 36 yuan (RM16.75) untuk membeli buku itu. Neneknya berjanji memberi wang itu.

Keesokannya, kanak-kanak itu hanya menemui dua yuan di meja lalu bertindak menggantung dirinya ketika kakak dan neneknya tiada di rumah.

– Agensi

 

Facebook Comments
Close