Kajian Penggunaan seluar Dalam Lelaki Dan Wanita

Lelaki hanya perlu tiga helai seluar dalam apabila bercuti seminggu manakala wanita pula membawa 10 helai.

Perkara itu diketahui selepas penyelidik menyoal 1,294 lelaki dan wanita Britain yang pernah bercuti seminggu sejak 12 bulan lalu.

Ketika memberi alasan mengapa hanya perlu tiga helai saja, 12 peratus responden lelaki berkata mereka akan membasuhnya ketika cuti manakala 37 peratus lagi berkata mereka menghabiskan lebih banyak masa dalam pakaian mandi.

Pendirian sebanyak 51 peratus lagi responden mengenai isu itu tidak didedahkan.
Kajian itu dijalankan bagi laman web percutian Britain juga mendapati wanita negara itu membawa 34 barang ketika bercuti sedangkan lelaki hanya membawa 14.

Lelaki menggunakan barang yang dibawa bercuti sebanyak 98 peratus manakala wanita 62 peratus saja.

Selain itu, 47 peratus wanita membeli pakaian baru ketika di luar negara tetapi hanya enam peratus lelaki membeli pakaian ketika bercuti.

– Agensi

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • kegunaan seluar dalam (30)
  • fungsi seluar dalam (28)

Comments are closed.

Close