Jual Nama Domain Laku RM50,000!

Populariti juara Grand Slam pertama China, Li Na, yang semakin meningkat menjadi perkembangan baik bagi seorang peminat yang memiliki nama domain lina.cn.

Nama domain itu dijangka dijual sekurang-kurangnya pada harga 100,000 yuan (RM46,500) apabila dilelong bulan depan.

Liu Tailong yang membeli nama itu dengan harga kira-kira 2,000 yuan (RM936) Mei lalu, sejurus sebelum Li Na muncul juara di Terbuka Perancis berkata, dia yakin pelaburannya mendatangkan keuntungan.

“Kariernya semakin meningkat, begitu juga dengan pengaruhnya,” kata Liu, dipetik oleh akhbar China Daily.

“Jika ia tidak ada kaitan dengan Li Na, nama domain itu hanya biasa. Tidak ada orang yang akan mempedulikannya. Ia tidak bernilai,” kata Liu.

Dia berharap nama itu akan dibeli apabila ia dilelong oleh sebuah pertubuhan yang berhasrat mewujudkan sebuah laman web yang ada kaitan dengan tenis.

Li Na, 29, menumpaskan juara bertahan, Francesca Schiavone dari Itali pada perlawanan akhir di Paris. Dia mara ke pusingan kedua kejohanan Wimbledon, kelmarin.
Kejayaannya dalam kejuaraan Grand Slam meningkatkan lagi minat rakyat China terhadap tenis.

– AFP

Agak-agak suarabawahtanah.com boleh jual mahal macam tu tak? Kalau boleh nak juga jual. Lagi mahal lagi bagus! Hehehe.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close