Isu Gambit vs Blogger | Pendapat Belalang Mengenai Hal ini

Pada awalnya Belalang malas nak ambil ‘port’ dalam perang diantara Gambit dan blogger ni. Sebabnya mudah, dah berpuluh-puluh blog yang menghentam Gambit mengenai isu tersebut hinggakan ‘bapak’ kepada segala blogger pun dah mula bersuara. Jadi Belalang anggap itu sudah memadai.

Namun apabila Belalang menjengah ke Facebook Gambit, Belalang terperasan sesuatu iaitu Gambit masih cuba bermain api walaupun dia sendiri sedia maklum yang statement awalnya telah menyebabkan keseluruhan blogger sudah mula ‘hangin’ dengan dia.

Dari apa yang Belalang lihat, dapatlah Belalang membuat beberapa rumusan mengenai Gambit-

1) Gambit mungkin tak tahu yang komuniti blogger ni terlampau la besar. Sewaktu dia mengeluarkan kata-kata tersebut, mungkin dia menyangka blogger Malaysia ni mungkin tak seramai mana pun, dua tiga kerat jer. Satu kesilapan yang besar telah Gambit lakukan.

2) Gambit mungkin juga tak tahu yang blogger juga memiliki ‘kuasa’. Malah dalam sistem politik negara, blogger mam pu untuk membuat sesuatu kerajaan sediada bertukar ganti. Malah dengan beberapa kritikan kepada kerajaan sebelum ini, kita dapat melihat kerajaan terpaksa mengubah beberapa keputusan yang telah diputuskan hanya kerana ditegur blogger. Jangan main-main dengan kuasa blogger!

3) Demi menunjukan egonya yang sebesar gajah itu, Gambit rela menerima maki-hamun oleh blogger-blogger sekalian alam. Janji dia nak blogger dan orang diluar sana akui dan sedar yang tindakan dia sebelum ini adalah betul.

4) Hal ini antara yang disebut-sebut oleh blogger-blogger lain dan Belalang juga berpendapat sebegitu juga. Gambit sengaja mencari publisiti dengan melakukan hal sebegini. Nak promote video klipnya yang ‘klass’ tu mungkin.

Itulah antara pendapat Belalang mengenai tindakan yang telah diambil oleh Gambit. Sebagai seorang yang professional, Gambit tidak patut mengeruhkan keadaan yang tersedia keruh. Lebih baik dia berdiam daripada cuba menegakan benang yang basah. Terima sahaja kritikan yang dilemparkan untuk kebaikan Gambit pada masa depan. Belajar dari kesilapan lebih baik daripada berlagak bodoh sombong.

Jangan lupa ada juga blogger-blogger yang meminati kamu Gambit. Dan tindakan kamu menyerang blogger telah menyebabkan blogger-blogger yang meminati kamu dan juga menghormati kamu mula terfikir tindakan mereka menyokong kamu selama ini hanyalah sia-sia.

 

Facebook Comments

Comments are closed.

Close