Hujung Minggu Hari Bermalas-malasan?

Ahad tiba lagi, hari minggu datang lagi. Kepada yang bekerja selama 40 jam selama seminggu tentunya hari-hari cuti begini dimanfaat sepenuhnya untuk berehat atau bersiar-siar.

Bagi yang letih bekerja atau terlalu banyak berkejar ke sana ke mari sepanjang minggu, hari ini tentu sahaja digunakan untuk berehat sepuas-puasnya. Belalang pernah kerja macam tu jadi faham sangat la macam mana rasa. Namun bagi yang tak reti duduk diam pula, cuti-cuti macam ni akan digunakan untuk bersiar-siar ke shopping kompleks, riadah bersama keluarga di taman-taman atau pulang berehat ke kampung.

Namun Belalang hari ini tetap hari bekerja Belalang. Bercerita mengenai kerja, sepanjang Belalang bekerja sendiri selama hampir 3 tahun ini jarang sekali Belalang berjumpa cuti. Walaupun hari dimana kedai Belalang ditutup, namun hakikatnya Belalang tetap terkejar ke sana ke mari. Ada sajalah perkara yang nak dilakukan. Biasanya Belalang keluar dari rumah sekitar tengahari dan pulang ke rumah dalam pukul 10 malam. Kalau singgah ke mana-mana, alamatnya lagi lewat la sampai rumah.

Kelebihan bekerja sendiri ialah tiada tekanan dari orang atasan. Kita juga tidak begitu terikat dengan sebarang dateline, masa bekerja dan sebagainya. Namun bekerja sendiri menuntut kita supaya rajin dan jangan malas. Walaupun Belalang agak malas orangnya, namun demi masa depan Belalang perlu kuatkan juga diri untuk bekerja keras.

Apa-apapun gunakanlah hari minggu anda sebaik-baiknya. Lakukan apa yang rasa perlu dilakukan. Sekiranya rasa nak berehat, rehat secukup-cukupnya. Dan sekiranya nak kemana-mana, jangan tangguh-tangguh. Gunakan hari cuti begini untuk lakukan perkara tersebut.

Selamat berhujung minggu! 🙂

Facebook Comments

Comments are closed.

Close