Himpunan Lengkap Video seks Pemimpin Pembangkang

Klip video seks membabitkan seorang lelaki yang didakwa mirip pemimpin pembangkang hari ini didedahkan lagi di laman internet dan kali ini versinya dikatakan hampir lengkap.

Tiga video berkenaan dimuat-naik di sebuah blog bernama anwarcctv hari ini dan sehingga petang ini, ratusan ribu pelayar sudah melayari kandungan video itu, terutama menerusi YouTube.

Klip video ketiga ini mempunyai latar suara muzik bermula dengan lagu Hawaii 5-O, diikutu lagu dangdut Kelantanese, lagu It Wasn’t Me oleh artis reggae Shaggy, lagu kumpulan tempatan The Fabulous Cats – Papa Jahat dan diakhiri dengan lagu Zee Avi – Kantoi.

Tidak seperti beberapa klip yang didedahkan sebelum ini yang mempunyai sarikata bahasa Thai, ketiga-tiga video hari ini hanya mempunyai catatan masa dan tarikh.

Facebook Comments
Close