Guru Diragut | Rugi RM8,800

Melihat kejadian ragut membabitkan seorang guru perempuan dan empat penunggang motosikal pada berita lapan malam di TV3 semalam, benar-benar menakutkan. Kejadian yang hampir meragut nyawa cikgu itu dapat dirakam oleh CCTV milik jirannya.

Kejadian malang itu berlaku dihadapan rumah cikgu berkenaan di Jalan Amzil, Taman Melewar ketika dia baru hendak menaiki keretanya. Kesian betul Belalang melihat bagaimana cikgu tersebut telah diheret keluar dari kenderaannya semasa peragut itu cuba untuk merentap beg tangan cikgu berkenaan.

Dibawah adalah berita mengenai kejadian ini yang Belalang ambil dari akhbar Kosmo-

Dalam tempoh satu minit sahaja, dua perompak dipercayai warga tempatan berusia dalam lingkungan 20-an menyerbu ke arah mangsa sementara dua lagi bertindak mengawasi keadaan sekeliling di depan pintu pagar rumah guru itu.

Menurut mangsa yang merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki Methodist Sentul, Nazalina Nawawi , 36, berlaku pergelutan di dalam kereta apabila penjenayah itu merentap gelang tangan bernilai RM1,200 dan menyelak tudungnya untuk mengambil rantai leher.

Bagaimanapun, dia tidak memakai rantai leher menyebabkan perompak bertindak merampas beg tangan yang mengandungi wang tunai hasil perniagaan kedai buku milik suaminya sebanyak RM6,500 dan sebuah telefon bimbit jenama BlackBerry bernilai RM1,100.

Kepada wanita-wanita semua, berhati-hatilah dengan kejadian ragut dan rompakan yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Seboleh-bolehnya jangan melawan apabila peragut berkenaan cuba mengambil apa-apa barangan milik anda. Ingat, nyawa lebih penting dari segala-galanya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close