Gambar Marsha Kahwin?

Baru-baru ini ada sebuah akhbar yang menulis Marsha bekas pelajar Akademi Fantasia 3 mengaku yang dia telah melangsungkan majlis perkahwinannya. Siap ada gambar lagi yang menunjukan majlis itu.

Gambar diambil dari mybloghub.my

Tapi benarkah Marsha dah berkahwin seperti yang dinyatakannya?

Rupanya itu hanyalah gimik Marsha untuk mempromosikan video klip lagu terbarunya yang bertajuk Bila. Malah gambar-gambar mengenai majlis perkahwinan itu rupanya adalah sebahagian lakonan dalam video klip tersebut.

Pengurus penyanyi itu, Syada Fiza berkata adegan perkahwinan tersebut dilakonkan dalam klip video terbaru Marsha berjudul Bila.

“Marsha memang berkahwin tapi hanya dalam lakonan sahaja untuk klip video terbarunya yang berkisar tentang perkahwinan.

“Adegan itu dilakonkan dalam suasana majlis dalam taman yang dibuat sama seperti perkahwinan sebenar,” – mstar

Pandai betul Marsha buat gimik dalam mempromosikan video klipnya hinggakan ada yang percaya mengenai majlis perkahwinan tersebut. Video ini dapat ditonton oleh peminat Marsha di Youtube pada minggu hadapan.

Mungkin lepas ni ada majlis perkahwinan betul yang melibatkan Marsha pun peminat akan ragu-ragu untuk percaya. Takut gimik sekali lagi. Hee 🙂

 

Facebook Comments

Comments are closed.

Close