Gambar Kad Kahwin Noh Hujan Dan Mizz Nina

Trend artis kita kalau berkahwin selain daripada majlis yang dibuat dengan begitu meriah dan hebat, salah satu lagi ialah kad undangan perkahwinan yang unik dan menarik.

Sejak kebelakangan ini kad-kad jemputan majlis perkahwinan para selebriti kita menjadi perhatian berikutan daripada reka bentuknya yang unik dan mempunyai style yang tersendiri. Contoh seperti kad kahwin Zed Zaidi yang direka menyerupai laman sosial Facebook.

gambar kad kahwin noh hujan dan mizz nina

Bagi pasangan Noh dan Mizz Nina pula, mereka berdua sepakat memilih kad yang berupa seperti kimono orang-orang Jepun. Malah tulisan di dalamnya juga seakan-akan tulisan Jepun.

Noh dan Mizz Nina telah bertunang sejak November 2010 dan majlis akad nikah mereka pula akan berlangsung pada 1 Julai ini di rumah keluarga Nina di Ampang. Sementara majlis resepsi mereka pula akan berlangsung di Double Tree Hotel, Kuala Lumpur, 6 Julai 2011.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close