Gambar Gerhana Bulan 16 Jun 2011

sempat tak anda melihat fenomena gerhana bulan pagi tadi? Belalang tak sempat pula melihatnya. Entah apa kena tiba-tiba malam tadi mengantuk sangat-sangat. Selalu boleh pula stay up sampai ke 5, 6 pagi.

Jika anda teringin melihat video gerhana bulan tersebut, sila layari Google.com dan lihat sendiri video yang dipasang pada muka hadapan Google. Video tersebut dikatakan kejadian sebenar gerhana bulan sebentar tadi yang berjaya di rakam di Dubai.

———————————————————————–

Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara jam 1.25 pagi hingga 7.01 pagi tadi menurut Agensi Angkasa Negara.

Fasa penumbra (P1) akan berlaku pada jam 1.25 pagi namun kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra yang kurang gelap. “Gerhana jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) mulai jam 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum pada 4.13 pagi.

Bulan mula keluar dari bayang umbra bumi (U3) pada 5.03 pagi dan keluar sepenuhnya dari bayang Bumi (U4) pada 6.02 pagi,” menurut kenyataan.

– Bernama

 

Facebook Comments

Comments are closed.

Close