Final Piala FA 11 Jun 2011 Terengganu vs Kelantan

FINAL Piala FA 2011 antara Kelantan dengan Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini bakal mencatat sejarah tersendiri.

Mana-mana pasukan yang muncul juara bakal dikenang sebagai pasukan terakhir menjulang trofi yang mula diperkenal pada final edisi 2005 itu.

Ini kerana, satu trofi baharu akan diperkenalkan bermula pada Piala FA musim depan menggantikan trofi sedia ada itu yang hanya sempat digunakan untuk tujuh edisi final.

Sebelum itu, trofi pertama Piala FA digunakan pada 15 edisi terdahulu iaitu dari 1990 hingga 2004 dan pasukan Perak selaku juara pada final pertama dan terakhir diberi penghormatan menyimpan terus trofi tersebut.

Jangan lupa untuk mengikuti siaran langsung perlawanan bermakna itu di salurab Astro Arena 801. Dan jika tak berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan tersebut di kaca TV, sila kembali lagi ke blog ini untuk melihat keputusan semasa yang akan di update.

Update:

Separuh masa pertama masih belum ada sebarang jaringan yang dihasilkan oleh kedua-dua pasukan. Namun begitu kedua-dua pasukan mempamerkan persembahan yang amat baik.

Bertitik tolak daripada kesilapan pemain Kelantan Daud Su menjaringkan gol sendiri pada minit-minit akhir babak kedua, itulah dilihat kebangkitan Terengganu hingga membolehkan mereka mencipta kemenangan. Tahniah Terengganu!

Terengganu 2 – 1 Kelantan

gol minit 80′

gol minit 90′ + 8′ (masa kecederaan)

gol minit 109′ (masa tambahan)

(Tamat Perlawanan)

Facebook Comments

Comments are closed.

Close