Dirogol Bomoh | Percaya Sangat Dengan Rawatan Pelik-pelik

Kes mangsa ditipu bomoh hingga dirogol kerap kali kita dengar. Si bomoh penipu pula bijak memperdayakan mangsa dengan mengatakan apa yang dilakukannya adalah salah satu kaedah rawatan.

pelik juga bila difikikan, bagaimana mangsa boleh percaya kelakuan-kelakuan yang pelik seperti tidur bersama bomoh terbabit mampu menyelesaikan atau membaik pulih masalah yang dihadapi?

Kepada wanita, lebih baik berhati-hati apabila anda mendapatkan rawatan tradisional. Elakkan daripada berjumpa individu yang mengaku sebagai bomoh tersebut seorang diri dan jangan mudah percaya dengan kaedah rawatan-rawatan yang dianggal tidak masuk akal.

——————————————————————————–

Malang bagi seorang wanita apabila niatnya menemui bomoh dengan harapan masalah rumah tangga dialami sejak beberapa bulan lalu berjaya dipulihkan bertukar mimpi ngeri apabila mendakwa dirogol lelaki terbabit, April lalu.

Kejadian berlaku apabila mangsa berusia 30-an itu yang mengalami masalah rumah tangga, bertemu bomoh terbabit di sebuah perkampungan tidak jauh dari bandar raya ini dengan ditemani seorang rakan.

Difahamkan, episod hitam bermula apabila suspek berusia 50-an menjalankan upacara dengan mengarahkan mangsa mandi bunga terlebih dulu bagi membuang ‘sial’ dalam tubuh wanita itu sebelum membawanya ke bilik untuk rawatan seterusnya.

Menurut sumber, ketika di dalam bilik, bomoh terbabit menyuruh mangsa membayangkan dia sebagai ‘suaminya’ sebelum mengarahkan wanita terbabit memegang kemaluannya.

Kata sumber itu, mangsa tidak menyedari niat jahat bomoh terbabit kerana menganggap ia sebahagian rawatan yang perlu dilalui.

“Mangsa dikatakan menuruti semua arahan bomoh berkenaan sebelum lelaki itu merogolnya. Rakannya yang menunggu di luar tidak mengetahui kejadian menimpa mangsa ketika itu.

“Selepas kejadian itu, mangsa tidak memaklumkan kepada sesiapapun, namun dia mula curiga terhadap ‘kemujaraban’ penangan bomoh terbabit sebelum memutuskan untuk membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, mangsa hanya membuat laporan petang semalam, iaitu dua bulan selepas kejadian.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • dirogol bomoh (127)
  • bomoh jahat (80)
  • yhs-per_003 (57)
  • pengalaman dirogol bomoh (50)
  • video dirogol bomoh (48)
  • cerita bomoh (44)
  • dirogol bomoh video (32)
  • cerita bomoh jahat (29)
  • gadis dirogol bomoh (27)
  • ditipu bomoh (26)

Comments are closed.

Close