Chong Wei Juara Terbuka Indonesia Kali Ke-3

Tahniah Belalang ucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei yang dikhbarkan telah menjuarai terbuka Indonesia untuk kali ketiga berturut-turut. Ia juga dikatakan kejuaraan keenam untuk pemain nombor satu dunia itu tahun ini. Cayalah Datuk! macam baru la berbaloi dapat title Datuk pun 🙂

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, meraih gelaran Terbuka Indonesia untuk kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan pemain Denmark, Peter Gade, 21-11 21-7 dalam perlawanan akhir di Istora Senayan, sebentar tadi – Berita Harian.

Semoga Lee Chong Wei akan terus berjaya mengharumkan nama negara di mata dunia. Malaysia boleh!

Facebook Comments

Comments are closed.

Close