Britney Spears Bakal Berkahwin Lagi

gambar britney spears

Bintang pop terkenal Amerika Syarikat, Britney Spears akan berkahwin buat kali ketiga.Penyanyi berusia 29 tahun itu mengikat pertunangan secara rahsia dengan teman lelaki sejak sekian lama, Jason Trawick yang juga pengurusnya sehingga bulan lalu.

Ejen bakat, Trawick, tua sepuluh tahun daripada Spears. Beliau melamarnya dengan menulis puisi romantik dan memenuhi lantai rumah mewah mereka di Los Angeles dengan lilin dan bunga mawar.

Bintang lagu Toxic itu dilaporkan memakai cincin berlian berbentuk bunga di jarinya.
Sumber juga memberitahu: “Spears terlalu ingin berkahwin semula dan mempunyai anak lagi, tetapi beliau seorang yang sangat tradisional serta tidak mahu memulakan keluarga dengan Trawick sehingga mereka berkahwin,”.

Pasangan itu bercadang berkahwin di Hawaii selepas Spears menghabiskan jelajah dunianya.

“Spears kini dilamun cinta,” kata sumber. Sebelum ini, Spears berkahwin dengan Kevin Federline dari 2004 hingga 2006 dan mempunyai dua cahaya mata.

Perkahwinan mengejutnya kali pertama dengan Jason Alexander dibatalkan selepas 55 jam bertukar ikrar nikah.

Apapun, kerjaya Spears di arena muzik semakin positif dan baru-baru ini beliau menyertai pengacara American Idol, Ryan Seacrest untuk mengadili persembahan konsert KIIS-FM Wango Tango 2011 di Los Angeles.

Spears juga muncul bersama Trawick untuk mengacara makan malam ‘An Evening of Southern Style,’ bagi membantu mangsa taufan Katrina pada 2005.

Penyanyi berkenaan kelihatan mesra menghidangkan teh kepada tetamu sambil bergurau dalam majlis yang berjaya mengumpul AS$200,000 (RM600,000).

– Agensi

Facebook Comments
Close