Blogger Kickdefella Terima RM350,000 Dari Husam?

Sejak kelmarin heboh dikalangan blogger-blogger kerajaan yang menceritakan blogger Kickdefella telah menerima habuan daripada Datuk Husam Musa bagi membantunya dalam kempen pemilihan Naib Presiden Pas.

Betulkah dakwaan tersebut? Di bawah adalah petikan berita yang Belalang petik dari akhbar Utusan yang mendapat penjelasan daripada blogger tersebut.

————————————————————————————

Penulis blog, Syed Azidi Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella hari ini mengakui ada menerima wang RM350,000 dari Datuk Husam Musa.

Namun jelasnya, wang berkenaan bukannya dibayar untuk berkempen bagi pihak Husam merebut jawatan Naib Presiden pada pemilihan Pas kali ini.

Bagaimanapun beliau berkata, jumlah wang yang diterima itu berkemungkinan adalah wang pampasan selepas kontraknya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan ditamatkan.

“Dakwaan bahawa saya telah bertemu dan menerima wang itu di China daripada beliau (Husam) baru-baru ini juga adalah tidak tepat.

“Sejak 9 November 2009, beliau dan saya tidak pernah bertemu melainkan berbual di telefon dan bertukar-tukar (khidmat) pesanan ringkas,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

 

Facebook Comments

Comments are closed.

Close