Blog Kena Penalti Oleh Google?

Selamat hari bekerja kawan-kawan sekalian! boleh ke ucapan begitu dimulakan untuk entry kali ni? Ok je kan. sekurang-kurangnya siapa-siapa yang sedang baca entry ni di ofis dia rasa semangat sikit nak mulakan kerja, tak gitu? hee…

Sambil menonton AF kelmarin, sambil online dan melihat-lihat status atau ping entry kawan-kawan di Facebook. Tajuk entry siapa yang Belalang rasa menarik terus saja klik dan baca. Tak kira la blogger tu siapa. Janji Belalang tertarik dengan tajuknya.

Sedang membaca satu-satu status/tajuk entry sahabat, Belalang tertarik dengan entry daripada Darkbatman mengenai blognya yang pernah dikenakan penalti oleh Google. Jika berminat untuk membaca hal tersebut, klik sini.

Sebenarnya Belalang tak begitu faham bagaimanakah sesebuah blog dicas untuk dikenakan penalti oleh Google. Tapi yang pasti tindakan dikenakan penalti oleh Google memang sesuatu yang kalau boleh nak dielakkanlah.

Jadi disini Belalang nak minta tolong kepada sesiapa yang mempunyai pengetahuan mengenai hal-hal penalti oleh Google, tolong kongsikan pengetahuan anda itu diruangan komen di bawah. Mungkin ia boleh dijadikan panduan untuk Belalang dan juga blogger-blogger baru. Mungkin dengan perkongsian ilmu dari anda itu, anda dapat menyelamatkan beberapa blog sahabat anda dari dikenakan tindakan begitu.

Jadi jangan malu dan segan untuk berkongsi di sini ya, terima kasih!

Facebook Comments

Comments are closed.

Close