Berjayakah Suara Bawah Tanah [dot] Com?

 

Masih ingat dengan Header ini?

Assalamualaikum sahabat-sahabat bawah tanah. Alhamdulillah, hujan turun membasahi kawasan Kulim pagi ini setelah dua tiga hari cuaca panas yang agak terik hingga membuat Belalang agak malas untuk berada di kawasan-kawasan yang terbuka untuk jangka waktu yang lama. Nanti abis kulit ku yang gebu ini ‘sun burn’… Hahaha

Entry ni adalah satu entry personal mengenai blog Belalang iaitu ‘Suara Bawah Tanah’. Yang baca entry ni jangan pula cakap Belalang ni syok sendiri. Sekadar saja-saja nak berkongsi perasaan Belalang dengan kawan-kawan Belalang yang tak jemu-jemu datang bertandang ke sini.

Seperti yang pernah Belalang nyatakan dalam entry-entry Belalang sebelum ini, Belalang cukup gemar melihat keyword yang singgah masuk ke sini. Disamping dapat mengetahui keyword apa yang dicari oleh pembaca, Belalang juga dapat mengetahui entry manakah yang paling kerap dicari oleh pembaca sekalian.

Dan dalam banyak-banyak keyword yang sering naik, Belalang akan tersenyum setiap kali melihat ada pengunjung yang datang ke blog ini dengan menaip keyword ‘Suara Bawah Tanah’. Nak kata kerap tu, tak la jugak. Tapi dalam sehari ada la dalam suku dari jumlah visitor Belalang yang datang dengan keyword tersebut.

Belalang tersenyum bukanlah sebab apa. Pada pendapat Belalang, mungkin Belalang dah berjaya mengikis perasaan takut pengunjung Belalang untuk datang ke blog ini seperti mana yang berlaku kepada Belalang sewaktu mula-mula berblog. Sewaktu itu Belalang jangkakan ramai pengunjung yang tidak berapa gemar ke sini kerana takutkan nama blog ini dan juga warna template yang Belalang gunakan.

Sesiapa yang selalu mengunjungi sini dari awal blog ini wujud, tentu masih ingat dengan imej gambar manusia yang sedang menjerit. Ingat lagi tak? ala, yang sebelah dengan shoutmix tu. Disebabkan gambar dan warna blog yg suram pada waktu itulah, Belalang mendapat banyak maklum balas yang mereka takut untuk ke sini. Bertambah la mereka tak sudi nak datang bila waktu malam. Seram katanya. Ngee 🙂

Namun hari ini, Belalang rasa imej takut itu Belalang dah berjaya buangkan. Belalang juga rasanya dah berjaya untuk membuat pembaca tidak lagi takut apabila mendengar nama blog ‘Suara Bawah Tanah’. Buktinya dengan meningkatnya jumlah pengunjung blog ini disamping keyword yang Belalang katakan tadi.

Jadi Belalang harap sesiapa yang masih lagi anggap blog ini sebagai menakutkan (yeke?), silalah buang perasaan itu jauh-jauh ye Kerana maksud di sebalik ‘Suara Bawah Tanah’ itu memang sesuatu yang tidak menakutkan. Malah ada simbolik dari nama itu.

Sekian terima kasih.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close