Bergaya Atau Bangang?

Sebelum Belalang mulakan entry kali ni, jom kita layan dulu gambar-gambar kat bawah nih-

Semua Gambar Hasil Carian GoogleGambar hasil Carian Google

Perh, bergaya betul la muda-mudi dalam gambar di atas ni kan? Korang pun apa kurangnya. Si lelaki tentu sahaja nak bergaya dengan caranya. Si perempuan pun begitu juga. Pendek kata setiap dari kita tentu sekali mahu kelihatan bergaya dan kemas kerana penampilan diri kita mampu menarik perhatian atau minat orang untuk mendampingi, berkawan dan mengenali kita. Ia juga menunjukkan personaliti individu tersebut.

Contoh jika korang sedang bersiar-siar di satu pasaraya, tiba-tiba korang berselisih dengan seorang lelaki yang berlilit serban, berjanggut dan berjubah. Tentu sahaja perkara pertama yang terlintas difikiran korang ialah “Ini orang baik-baik dan alim”. Begitu juga jika berselisih dengan seorang lelaki yang segak bergaya berpakaian baju kot. Tentu kita terfikir “Orang ini tentu seorang korperat, atau berkerja di pejabat” Padahal kerja mamat tu ialah ahli sendiket menipu orang… keh keh keh

Bagi wanita pula, jika kita berselisih dengan seorang yang penuh dihiasi dengan aksessori kilauan emas di setiap penjuru badannya, kita akan berkata dalam hati “Ni tak mak datin, anak orang berada, tentu anak mami penang nih” 😀

Pendek kata setiap dari kita akan bergaya mengikut keselesaan diri sendiri. Pada muda-mudi pula, ada yang suka bergaya mengikut trend. Contoh sekarang ni orang berfesyen ala-ala artis Korea, mereka pun berlumba-lumba la mengikut contoh pakaian idola mereka. Zaman orang bergaya fesyen Japan, semua pakat-pakat mencari contoh atau barang-barang yang update dengan fesyen itu. Trend orang warnakan rambut, semua nak warnakan rambut kasi nampak karat.

Namun begitu dalam sibuk-sibuk nak bergaya, berfesyen bagai mengikut zaman tu, perpada-padalah sama ye. Ada sesetangah perkara dalam berfesyen ni boleh menampakan yang kita seperti orang bangang pada penglihatan orang lain. Contoh macam gambar kat atas ni. Apa ke bangang, dah pakai topi pergi pusing ke belakang. Pastu bila matahari memancar tak reti-reti nak gunakan topi tersebut. Hahaha

Satu lagi, bergayalah dengan gaya yang bersesuain dengan peringkat umur anda. Remaja dengan pakaian-pakaiannya sentiasa nak up to date. Bagi yang dah berkahwin, dengan gayanya pulak.

Ok lah, rasanya takde apa dah yang Belalang nak membebel. Point ada lagi tapi Belalang serahkan untuk korang-korang kongsikan pada kotak komen di bawah. Sila-sila Jangan malu-malu 😉

 

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • keburukan berfesyen (19)

Comments are closed.

Close