Berapa Lama Pengunjung Berada Di Blog Anda?

Assalamualaikum sahabat-sahabat pengunjung bawah tanah sekalian. Dua tiga menjak ni Belalang sering saja diserang sakit. Deman la, migrain la, ulser mulut la dan macam-macam lagi penyakit yang telah sudi hinggap kepada Belalang. Terima je la dugaan yang mendatang itu. Betul tak?

Sebenarnya Belalang nak berkongsi satu hal. Korang pernah tak check berapa lama masa yang diambil oleh seorang visitor yang mengunjungi blog korang pada satu-satu masa? Dengan menggunakan getclicky dan Google Analytics Belalang selalu juga melihat-lihat pada average time per visit di blog Belalang. Setiap pengunjung yang masuk ke blog Belalang, kebanyakannya memperuntukkan lebih kurang 3 ke 4 minit. Dan untuk page views pula biasanya Belalang akan menerima 2 kali ganda daripada jumlah visitor.

Bagi Belalang jika kita dapat menarik pembaca untuk berada lebih lama di blog kita, itu bererti content di blog kita memenuhi apa yang si pembaca tersebut cari. Dan lebih memberi kepuasan sekiranya pengunjung tersebut terus-menerus membaca beberapa entry setiap kali dia datang ke blog kita. Tentu seronokkan?

Berbalik kepada masa yang diperuntukkan oleh pengunjung blog Belalang. Belalang rasa masa 3 ke 4 minit tu masih lagi sesuatu yang biasa. Rasanya masa 3 minit tu hanya diperuntukkan oleh pengunjung tersebut untuk membaca satu atau dua entry. Dengan ini boleh Belalang katakan isi-isi di blog Belalang masih lagi belum mampu menangkap seseorang pembaca hingga ia betul-betul asyik untuk berada di sini. Kena usaha lagi ni.

Jadi macam mana pula dengan blog korang? boleh kongsikan berapa lama average time pengunjung blog korang? Dan bagaimanakah cara untuk menarik minat pembaca untuk berada lebih lama di blog kita? sekiranya ada idea jangan segan untuk kongsikan dengan Belalang.

Terima Kasih

Facebook Comments

Comments are closed.

Close