Bank Hampir Disita | Enggan Bayar Ganti Rugi

Selalunya kita mendengar pihak bank berjaya mendapatkan perintah dari makhamah untuk menyita barangan atau aset peminjam yang enggan melunaskan hutang. Namun lain pula dengan satu kes ni dimana pihak bank pula yang hampir disita gara-gara gagal membayar ganti rugi kepada seorang pelanggannya yang menang satu kes saman terhadap bank berkenaan.

Namun setelah berbincang dengan ibu pejabat bank berkenaan di Kuala Lumpur, pihak bank berkenaan bersetuju mambayar pelanggan berkenaan dengan satu cek bernilai RM81,805,63! Wow!

Perkara yang jarang-jarang berlaku ini terjadi di Kota Bharu apabila pelanggan bank berkenaan telah bertindak menfailkan saman terhadap bank yang terkemuka tersebut setelah pihak bank terbabit yang telah meluluskan pinjaman perumahannya sebanyak RM100, ooo enggan membayar separuh lagi pinjaman terbabit dengan alasan peminjam telah didapati disenarai hitamkan.

Atas sebab tersebut si peminjam telah melantik peguam dan berjaya mengeluarkan namanya dari disenarai hitamkan. Pun begitu pihak bank terbabit tetap enggan memberi separuh lagi pinjaman dengan alasan bank berhak untuk menarik balik kesemua pinjaman.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara ini, klik di sini.

Belalang rasa ini boleh menjadi satu pengajaran kepada pihak bank. Jangan anggap hanya mereka yang faham undang-undang. Pelanggan anda pun tidak bodoh ye. Itu pun nasib baik pelanggan berkenaan masih ada budi bicara untuk beri masa bank berkenaan berunding dengan ibu pejabatnya di Kuala Lumpur. Kalau tidak tercalar la reputasi bank berkenaan.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close