Amuk Selepas Minum Air Jampi?

Jarang-jarang sekali terdengar kes sebegini dimana dikatakan seorang lelaki telah mengamuk selepas sahaja meminum air jampian seorang bomoh.

Air itu telah ambil sendiri oleh lelaki berkenaan dan pasangannya dimana lelaki berkenaan telah memberihatu yang dia terkena buatan orang.

Baca petikan di bawah yang Belalang ambil dari Harian Metro

——————————————————————————————-

Gara-gara minum air jampi bomoh, seorang lelaki mengamuk sebelum nekad untuk terjun dari tingkat lima sebuah pangsapuri, di sini, kira-kira jam 9.30 malam kelmarin.

Sebelum kejadian, lelaki itu dan isterinya, kedua-duanya berusia 27 tahun berjumpa seorang pengamal perubatan berusia 40-an itu untuk mengubati penyakit dihidapinya yang kononnya terkena buatan orang.

Sumber polis berkata, lelaki itu diberi sebotol minuman yang didakwa sudah ‘dijampi’ dan mampu memulihkan penyakitnya.

“Selepas pulang ke rumah saudaranya di sini, lelaki itu minum air berkenaan sebelum tertidur.

“Kira-kira dua jam kemudian dia tersedar dan meronta-ronta seolah-olah dirasuk. Dia memarahi isterinya dan menuduh isterinya curang, malah mahu mahu membunuh isterinya.

 

Facebook Comments
Close