Zaharil Dan Shera Bertunang 1 Mei | Gambar Pertunangan Zaharil Dan Shera

Selepas kira-kira setahun berkasih, akhirnya kedua-dua mereka mengangkat status percintaan ke tahap lebih tinggi lagi – pertunangan. Majlis pernikahan pula dikatakan akan berlangsung pada tahun ini juga.
Nur Syahirah Aiyob, 25, atau lebih mesra dengan panggilan Shera, begitupun tidak pernah menyangka jodohnya akan tiba dalam masa secepat ini. Apatah lagi pada ketika langkahnya dalam bidang seni bagaikan baru saja hendak bermula.

Namun gadis ini tidak menolak ketentuan Tuhan dan bersyukur dikurniakan jodoh seperti Zahiril kerana baginya, pemuda itu seorang yang penyayang, bertanggungjawab dan berfikiran terbuka, secara tidak langsung membuatkan dia berasa cukup selesa di sisinya.

“Secara jujur, saya tidak menyangka pun akan berkahwin dalam usia sebegini. Sebelum ini saya mensasarkan pada usia 27 tahun baru saya akan menjejakkan kaki ke jinjang pelamin.

“Namun saya amat bersyukur kerana saya dipertemukan dengan seseorang lelaki yang membuatkan saya selesa bersamanya, serta mampu menjaga saya dengan sebaik-baiknya. Justeru, saya tidak mempunyai sebarang alasan untuk menangguhkan perkara yang mulia ini.
“Dengan izin Tuhan, kami akan mengadakan majlis perkahwinan secepat mungkin, dan besar kemungkinan dalam tahun ini juga,” ujarnya yang ditemui di Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Gadis manis ini juga menyatakan dia tidak risau jika namanya akan merudum kerana membuat keputusan menamatkan zaman bujang pada ketika dirinya mula hendak dikenali peminat. Katanya, biarpun sahamnya mungkin akan menjadi rendah di sisi peminat, ia tetap tinggi di sisi Tuhan.

Perkenalannya dengan pelakon Senjakala itu bermula ketika mereka menjayakan penggambaran filem Sesuatu Yang Tertinggal pada tahun lalu. Kekerapan meluangkan waktu bersama ketika itu membuatkan hubungannya bersama Zahiril bertambah erat.

Kata pemegang Diploma Malaysia Institute of Integrative Media ini, dia akan terus bergiat cergas dalam bidang seni walaupun setelah bergelar isteri tidak lama lagi. Menurut Shera, bakal suaminya seorang yang memahami dan selagi dia mengetahui batasannya, karier seni tidak akan mendatangkan masalah.

Namun buat ketika ini, kerjaya sebagai pelakon dibekukan seketika kerana Shera mahu menumpukan perhatian terhadap dunia pengacaraan dan juga persiapan majlis perkahwinannya yang menjelang tiba.

Baca berita penuh di sini.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close