WordPress | Sedang Berusaha!

Alhamdulillah, akhirnya impian Belalang untuk menggunakan hosting sendiri tercapai juga setelah dibantu oleh sahabat baik Belalang iaitu Ellen. Terima kasih kepada Ellen kerana telah sudi sentiasa membantu Belalang sewaktu proses setup wordpress ini dijalankan hinggalah ia berfungsi sepenuhnya.

Tak lupa juga ucapan terima kasih kepada PuanBee dan Jericho yang turut serta memberi bantuan mulut ke mulut kepada Belalang. serius cakap Belalang memang blur dan masih lagi terkial-kial nak memahami wordpress ni. Blogspot pun belum sempat khatam, dah tukar ke hosting pulak. Hahaha

Dalam dua tiga hari ni korang mungkin akan selalu-selalu dapat melihat blog Belalang ini berubah-ubah dari segi warna, susunatur, widget dan lain-lain. Ini semua proses biasa bagi mana-mana blogger yang baru bertukar template atau hosting. Dalam mencari sesuatu yang terbaik, kita kena la selalu bereksperimen. Betul tak? Jadi Belalang harap korang tak kisah ye kalau tiba-tiba datang warna bertukar macam-macam color atau widget tiba-tiba bertukar menjadi sebesar-besar alam.

Dan yang terakhir dan paling penting Belalang minta jasa baik mana-mana blogger yang ada memasukkan blog Belalang kedalam bloglist mereka sebelum ini, minta tolong updatekan kembali ya URL blog Belalang tu. Kalau tidak korang tak akan dapat melihat entry terbaru dari Belalang.

Terima kasih…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close