Video klip Prema Yin Dan Shah Jazle | Gambit Cetuskan Kemarahan

Video klip Prema Yin dan Shah Jazle dalam lagu yang bertajuk ‘Marilah’ telah mencetuskan perasaan tidak puas hati dikalangan peminat tempatan yang menonton klip tersebut.

Manakan tidak, video klip yang berdurasi sekitar empat minit tersebut tidak ubah seperti video klip penyanyi antarabangsa yang menampilkan adengan atau gerakan yang hampir memberahikan dan agak lucah!

Pengarah bagi video klip tersebut pula ialah Gambit saifullah dan Umair Mohamed yang terang-terang beragama Islam. Tapi melihat hasil kerja mereka ibarat orang Malaysia yang cuba jadi Amerika pula kelihatannya. Malu sungguh melihat video tersebut

Belalang harap ini akan menjadi pengajaran kepada yang terlibat atau pun lain-lain artis kita yang cuba menerapkan budaya-budaya kuning seperti itu. Ketahuilah yang perbuatan tersebut tidak akan menyebabkan nama bangsa kita atau martabat orang kita akan setaraf dengan orang putih. sebaliknya perbuatan-perbuatan sebegitu hanya akan mengjatuhkan nilai-nilai murni dan terpuji budaya ketimuran bangsa kita.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close