Tips Untuk Anjur Contest Dan G.A

Assalamualaikum sahabat bawah tanah sekalian. sekarang nih dunia blog meriah betul dengan contest dan G.A kan? Macam-macam style la contest yang dianjurkan oleh blogger. Tapi contest yang paling hot sekarang ni ialah award dari DiGi. Hadiah masyuk tuuu….

Ok-ok disini Belalang nak kasi sedikit tips untuk korang yang berhajat nak adakan contest dan G.A. Ini disebabkan dari pemerhatian Belalang ada sesetengah blogger yang buat contest dan G.A yang tiada sambutan. Mengapa jadi macam tu? Ok meh-meh kita lihat satu-satu tips dibawah ini ya.

—————————————

Hadiah
Kebiasaanya hadiah untuk sesebuah contest tak kesah sangat pun nilainya macam mana. Ada yang berupa wang tunai, ada juga yang kasi topup. Tapi ingat! beri hadiah yang anda mampu sediakan. Jangan pula saja-saja nak siksa diri dengan tawarkan hadiah yang anda sendiri pun terkial-kial nak penuhkan. Tapi kebiasaannya, lagi besar nilai hadiah itu, lebih tinggi peratusan untuk blogger lain join.


Syarat
Ini salah satu perkara yang akan menyebabkan sesetengah blogger berfikir dua tiga kali nak join. Sebab apa Belalang cakap macam tu? Kerana kadang-kadang nilai hadiah yang ditawarkan tak sepadan dengan syarat yang ditetapkan. Faham maksud Belalang? Nak kasi topup RM5 jer tapi syarat mak aih, suruh like FB la, suruh follow Twitter la, mintak masukan bloglist la dan lain-lain. Bukan tak boleh, boleh. Tapi disebabkan syarat yang begitu ketat atau cerewet menyebabkan orang malas nak join sebab terlalu banyak perkara yang perlu dibuat untuk mendapatkan sesuatu yang tak sepadan. 🙂


Promosi
Ini salah satu perkara yang paling penting! Buat la contest hadiah hebat macam mana pun tapi kalau tiada promosi, mungkin hanya yang selalu ke blog anda akan join atau pun tiada langsung. Bagaimana nak lakukan promosi. Ada dua cara. i) Promosi mestilah dilakukan berterusan atau sekerap yang mungkin. Anda juga mungkin boleh meletakan target berapakah jumlah peserta yang anda mahu menyertai contest anda. Jadi selagi belum sampai target itu, anda kena kerja keras supaya sampai target atau melebihi target. atau. ii) minta tolong blogger yang sudah mempunyai pengaruh dalam dunia blog ini untuk tolong promosi contest anda. Contoh blogger yang berpengaruh, ‘BEN ASHAARI’. Tak silap Belalang dia akan tolong promote contest atau G.A mana-mana penganjur yang meminta pertolongan dia. Jadi gunakan Peluang itu.


Mencari peserta terawal
Ada dua perkara yang anda boleh lakukan untuk menarik orang menyertai contest anda. i) dengan menyediakan hadiah bagi peserta terawal yang join contest atau. ii) Anda mulakan dengan ‘tag’ beberapa rakan blogger yang selalu ke blog anda. Cara ini dah sah-sah akan ada sambutan dan penyertaan awal. Tinggal nak promosi jer.


Dan yang terakhir dan palin penting ialah :-


Tepati Janji
Ya, ini yang paling penting. Kebiasaanya setelah tutup sesuatu contest maka tugas anda ialah memastikan peserta yang menang mendapat hadiahnya. Jadi jangan lupa pula untuk menunaikannya. Dan sekiranya anda mahu menukarkan hadiah kepada barangan lain pastikan ia sudah memang termaktup dalam syarat contest atau telah mendapat persetujuan peserta yang menang atau tukar kepada sesuatu yang sama nilai dengan hadiah kemenangan itu. Ini penting kerana jika anda tak serius atau ambil mudah, mungkin contest atau G.A anda yang akan datang akan menyebabkan orang serik untuk join.

—————————————

Ok puas hati tak? Ada nak tambah apa-apa lagi? Sila-sila tambah diruang komen. sebenarnya kalau Belalang tak kasi tips nih rasanya korang pun tau apa yang perlu dilakukan. Namun sengaja la ingat-mengingati sesama kita. Kepada yang nak start buat contest, jangan lupa ikuti tips-tips diatas ye. Insya Allah akan ada sambutan.

Dan ini satu pengumuman kepada yang pernah join G.A mrs.Belalang dan seorang rakan blogger JZ iaitu WELCOME 2011 GIVEAWAY BY JZ BUSINESS WORLD & ILHAM NURRY. Belalang nak mintak maaf dengan kesulitan yang dihadapi. Hadiah untuk peserta pertama baru je Belalang nak pergi ke pejabat pos kejap lagi. Dan untuk dua lagi hadiah yang pernah dijanjikan JZ, akan Belalang dan Mrs.Belalang uruskan juga cuma Belalang tak janji bila. Sekali lagi Belalang mohon maaf. Ada sedikit salah faham diantara penganjur bersama, mrs.Belalang dan JZ.

semoga entry ini memberi sedikit manfaat untuk korang semua ya! Daa…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close