Tiga Kanak-Kanak Lemas Di Taman Rekreasi Ulu Bendul

Tiga kanak-kanak dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama ibu bapa mereka di Taman Rekreasi Ulu Bendul di sini petang ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang ketika lima sekeluarga itu yang menetap di Senawang dekat sini datang ke pusat perkelahan itu untuk mandi manda.

Ibu bapa kanak-kanak itu bagaimanapun terselamat, manakala usaha mencari tiga kanak-kanak berusia setahun, 3 dan 5 tahun terbabit sedang dijalankan pasukan penyelamat.

– Utusan

Facebook Comments

Comments are closed.

Close